Friday, October 15, 2010

Kambing Masuk Rumah

Dua minggu lepas,Pgi Rabu, 29-9-10…
Sedang kami  asyik di dalam rumah dan bersembang, tiba terdengar bunyi … mbek..mbek..bunyi kambing. Bunyi yang banyak, cepat-cepat kami keluar  dari rumah daan mendapati kambing-kambing sedag berhimpun di halaman rumah kami… pelik juga.. dari mana dating kambing-kambinh ni?.. rupa-rupanya ada tuan pengembala yang membawa  kambing-kambing ni masuk kawasan rumah, itupun dengan izin ketua kami.. saudara sofi, biasalah pagi-pagi cari makan… tujuan kambing-kambing itu pun nak makan sebernarnya.. bgus juga makan pokok depan rumah yang dah memanjang tak payah susah-susah kami nak memotongnya… kata seorang dari ahli rumah: kambing-kambing ni mesti  ada susu, kita minta kat tuan dia nak… kami yag ramai-ramai ni biasalah mesti nak test punya susu kambing, ada pulak antara kami yang baru sampai setahun di yaman ni lagilah teringin… terus kami minta dekat tuan kambing-kambing ni… dianka nak suruh kami perah sendiri, tapi kali pertama mesta kena ada yang mengajar, etrus tuan kambing perah salah seekor dari kambing-kambing tersebut… nak pilih kambing pun mesti pandai, mesti yang bertina, ada susu,dan tiada anak yang disuse takut-takut menganggu susu anak kambing… kesian pulak nanti habis. Cara perah ada jugak haa.. nanti tak keluar pulak sakit ibu kambing…
Siap pakcik kambing itu perah. Dapatlah kami minum tanpa dimasak, sedap, manis, tak berbau, kira oklah walaupun baru kali pertama merasa susu asli kambing yaman(memang best) alhamdulilah, tapi kalau di tanah air, berbau juga susu kambing dan kena masak dulu sebelum minum… kemungkinan disebabkan faktor cuaca yaman dan Malaysia tak sama..
Teringat saya pada Nabi s.a.w . masa kecil baginda yang menjadi pengembala kambing. Mengembala inilah di antara cara-cara Allah s.w.t mengajar  baginda untuk baginda menjadi rasul dan nabi di kemudian hari… bayangkanlah mengambala berpuluh-puluh atau beratus-ratus ekor kambing di kawasan yang luas yang berbukit… mesti susah perlu kepada sifat yang terpuji, sabar, penyayang, belas kasihan dan lain.. supaya kambing-kambing dapat membiak dengan baik dan selamat… berminatkah kita untuk mengembala kambing?.. menjadi seorang pengembala ini juga merupakan sunnah para Nabi terdahulu dan nabi Muhammad S.a.w…
Ok.. bolehlah nak tengok gambar-gambar semasa peristiwa hari itu:
  Ni syimie dan syed bersama kambing

 Nie dia pengembala kambing yang Otai...
 Akhyar telah berlatih menjadi pengembala..


 kambing pun nak ambil gambar dengan kami.. hehehe...

 Yon bagi kambing minum air....

 ape la yang kambing & anjing tu sembang...


Kambing dah nak balik tido...

Thursday, October 14, 2010

Muqaddimah

assalamuaikum... alhamdulillah serta selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w.
Hajat kami untuk menyediakan blog yang kami  namakan alfatahbait.blogspot.com dapat kami laksanakan, jadi ucaplah alhamdulillah banyak-banyak ye... nama blog ini bersempena nama rumah kami di yaman jadi sapa-sapa yang datang yaman bolehlah datang ke rumah kami di sini. nama ini juga ada juga kaitan dengan masjid yang terletak bersebelahan je dengan rumah kami(tepi rumah) nak ambik berkat, ni jelah yang boleh nak bagi tahu. Oklah semoga hari ini dan hari-hari yang mendatang dapat sama-sama kita hadapi dengan bahagia dan beroleh rahmat seta kasih sayang dari Allah s.w.t sekian untuk pertama kalinya.. assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh