Tetamu

Friday, November 5, 2010

Rumah ke kandang???

Bersempena menyambut hari Raya Aidil Adha ini, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman telah membuka peluang kepada orang Malaysia di Yaman mahupun di Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pembahagian untuk binatang korban. Alhamdulillah, setakat ini ada 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing insyAllah akan bertambah 1@2 ekor lagi lembu.
Atas sebab kesempitan ruang untuk meletak lembu dan kambing di rumah persatuan maka binatang-binatang tersebut telah diletakkan di rumah kami (rumah al-fatah). Habis la, mesti dah macam rumah kandang.. hehe..
Alhamdulillah walau pun sudah seminggu binatang-binatang tersebut berada di halaman rumah kami masih tiada apa-apa masalah kehilangan atau kemalangan... biasa baru firstime jaga lembu dan kambing, binatang-binatang ni x dalah busuk, tahi-tahi 2 biasalah, baja free hehe... Lagipun penghuni rumah ini suka nak jadi pengembala… tambahan pula sofi, dia yang paling semangat dalam memberi makan dan membersihkan najis binatang-binatang ni .
Raya Aidil Adha masih berbaki dalam 1 minggu, binatang korban pun katanya akan bertambah lagi bilangannya.. nampaknya pengorbanan demi pengorbanan terpaksa dikorbankan demi menyambut Raya korban (Aidil Adha)... ok selamat Aidil Adha...

nilah lembu yaman besar kan.... gambar ni masa mula-mula lembu baru sampai....



tengah makan... rumput kering
kat sebelah ada stok seminggu daun untuk lembu2 ni makan...



rasa2nya mana pengembala lembu?...
 lembu2 ni makan 3 kali sehari...pagi,tengahari, dan petang...





haaa... nilah tuan lembu yang baru... pandan apa 2?

No comments:

Post a Comment