Tetamu

Sunday, March 27, 2011

Beristighfarlah...

"Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullahi s.a.w bersabda yang bermaksud: 'iblis berkata kepada Tuhannya; "demi keperkasaan -Mu dan keagungan-Mu, akan ku selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih beradadi dalam jasad mereka." Allah menjawab;'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, akan Ku selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada Ku'."


wahai temanku sekelian!
melihat akan hadis qudsi di atas, Allah s.w.t sentiasa memberi peluang kepada makhluknya yang bergelar hamba untuk sentiasa kembali dan memohon keampunan walau bagaimana keadaan sekalipun, kerana kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri hamba itu beserta hasutan syaitan dan dorongan hawa nafsu, telah menjebakkan dirinya kearah kemurkaan Allah.

Tetapi bila melihat kepada maksud hadis di atas peluang yang diberi oleh Allah dengan sumpahnya. Masih  ada peluang dan kesempatan bagi mereka yang melampau serta melakukan dosa untuk mohon keampunan dengan memperbanyakkan Istighfar dalam apa jua keadaan sekalipun sehingga sampai waktunya bertepatan dengan hadis qudsi di atas ini.

Moga kesempatan yang ada ini, Allah terima Istighfar kita... amal-amalkan...


saiyidul istighfar


 

sama-sama kita amalkan..

No comments:

Post a Comment